Checklist Aktiviti Untuk Ibu Mengandung Bijak. Minggu 5
.
.
Minggu 5
- Beli & baca buku mengenai kehamilan. Atau layari blog ibu hamil yang menarik di internet. Banyak tips & petua yang boleh diamalkan sepanjang 9 bulan mengandung
- Muat turun aplikasi kehamilan untuk membantu puan mengatur masa untuk 8 bulan mengandung akan datang.
- Makan vitamin untuk ibu hamil yang telah dibeli supaya kekal sihat. Pastikan kita ikut jadual makan yang betul
- Beli diari, atau tulis blog untuk mencatat memori & pengalaman mengandung puan.
- Rekodkan peristiwa penting puan seperti gejala, dan soalan-soalan bagi tempoh sembilan bulan akan datang.
- Contoh peristiwa penting semasa mengandung, Kencing manis, bacaan gula, risiko & bahaya hb rendah& lain lain. Berbalah pula dengan nurse nanti. Hihi
- Ikuti kumpulan ibu mengandung di Facebook. Contoh halaman FB untuk ibu hamil. Menyertai kumpulan sokongan kehamilan akan menambah kenalan & mudah berkongsi pengalaman.
- Pastikan puan minum banyak air.
- Bercakap dengan ejen syarikat insurans puan untuk mengetahui pelan takaful puan melindungi kehamilan ini dan hospital tempatan mana yang menggunakan pelan takaful puan.
- Bertanyakan jabatan tenaga manusia (HR) puan & suami tentang manfaat yang diberikan kepada staf yang hamil & bakal bersalin.