Quantcast
Channel: Ibu Bijak Keluarga Sihat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 250

Herbanika Lulur Nona Roguy banyak kebaikannya untuk ibu berpantang!

$
0
0
Set bersalin nona roguy lulur herbanika


Herbanika Lulur Nona Roguy untuk mengembalikan seri kulit!

Banyak perubahan yang berlaku kepada kulit ibu mengandung menjadikan ia kelihatan kurang menarik & kurang daya tarikannya.

Penggunaan herbanika Lulur semasa berpantang akan membantu menyental daki yang terdapat di kulit seluruh badan. Kulit yang kehitaman semasa mengandung akan kembali kelihatan lebih berseri seri. (Baca lebih lanjut tentang set berpantang nona roguy!)


Gunakan juga lulur ini pada payudara untuk membantumenegangkan kembali payu dara yang kendur.​


Maklumat tambahan tentang produk herbanika lulur Nona Roguy!

No.siri KKM : MAL 19985761T

Harga jualan di pasaran: RM60



Bagaimana menggunakan Herbanika lulur yang berkesan?

Produk lulur dari Nona roguy di gunakan semasa mandi dan boleh di gunakan seawal hari ke 3 bersalin.

Sesuai di gunakan untuk ibu berpantang normal & juga pembedahan czer.

Campurkan 1 hingga 2 sudu besar produk herbanika lulur dengan sedikit air suam. Kuantiti air anggaran 1 cawan kecil. Gaul sebati dan Sapu ke seluruh badan sebelum kita mandi.

Penting untuk kita sapukan di seluruh badan dengan berhati hati, terutama sekali di bahagian payudara & kawasan perut yang mempunyai luka bersalin.

Elakkan juga menyapu lulur di kawasan puting payudara yang mempunyai kulit sensitif untuk tidak mengganggu aktiviti menyusukan anak. 

Biarkan seketika sehingga kering & kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan mandian Herba semasa mandi.


Berapa lama nak guna dalam sehari?

Lakukan semua diatas sepanjang tempoh berpantang untuk mendapatkan kesan yang baik kepada kulit kita.


9 Kelebihan menggunakan lulur herbanika NR ini dengan cara di atas?

Di bawah ini Maznee senaraikan kelebihan menggunakan lulur ini,
  1. Membantu menghilangkan daki yang terkumpul pada kulit semasa mengandung.
  2. Menghaluskan semua tekstur kulit yang kasar.
  3. Mencerahkan tona kulit yang mengalami pigmentasi kehitaman & juga jeragat.
  4. Membantu atasi ketegangan otot.
  5. Mengecutkan bentuk badan yang kembang.
  6. Membantu atasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan angin sejuk.
  7. Mengembalikan seri kulit ibu semasa pantang bersalin.
  8. Mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf.
  9. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.
Maznee ucapkan selamat berpantang, dan selamat mencuba. 








Viewing all articles
Browse latest Browse all 250