Quantcast
Channel: Ibu Bijak Keluarga Sihat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 250

Skincare untuk kulit berminyak terbaik! Mana 1 paling bagus kawal jerawat?

$
0
0

Skincare untuk kulit berminyak 1





Pembuka kata.

Walaupun kulit berminyak sukar untuk dijaga, tetapi dengan skincare routine yang betul, ia boleh menjadi mudah. 

Related post: Skincare terbaik di Malaysia! Mana satu pilihan anda?
Di bawah ini, Maznee akan kongsikan skincare yang paling bagus untuk kulit berminyak bersama sama rutinnya.

Selamat mencuba.



Rutin skincare drugstore untuk kulit berminyak waktu pagi.



Apa yang wajib kita buat selepas bangun tidur di awal pagi?


1. Gunakan pencuci muka untuk kulit berminyak.

Sewaktu kita tidur di malam hari, minyak dan kekotoran berlebihan di hasilkan oleh kulit kita. 


pencuci muka untuk kulit berminyak


Debu dan bakteria tidak boleh di biarkan terlalu lama pada kulit kita, ini kerana ia akan memudahkan masalah jerawat naik dengan banyak.


Sebab itu, kita perlu basuh muka kita setiap pagi untuk mengeluarkan kekotoran dan minyak berlebihan yang telah terkumpul sepanjang malam. 


Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit berminyak yang tidak terlalu kasar kerana ia akan mengeluarkan terlalu banyak minyak dari kulit.



Dan akhirnya menyebabkan ia kering. Sebaliknya gunakan pencuci muka yang lebih lembut. Bilas dengan air suam dan lap dengan tuala bersih. 

Pembersih berbuih lembut ini akan menghilangkan solekan dan minyak yang berlebihan tanpa membuang kulit. Ia juga membantu menghilangkan kotoran di permukaan kulit. Baca panduan di bawah untuk memilih cleanser khas untuk kulit berminyak.

Related post: 5+ Pencuci muka untuk kulit berminyak terbaik! (Akan datang)

2. Sapu toner khas untuk kulit berminyak.

Ramai dari kita tidak suka menggunakan toner selepas mencuci muka. Sedangkan kebaikannya sangatlah banyak.


toner untuk kulit berminyak


Penggunaan toner adalah satu cara yang baik untuk membantu memastikan setiap kekotoran & sisa cleanser yang terdapat pada kulit dibersihkan dengan sempurna selepas mencuci muka. 


Terdapat juga toner boleh mampu menormalkan pH kulit kita, dan memberikan tekstur kulit yang licin. 




Penting untuk kita memilih toner yang sesuai untuk kulit jenis berminyak kerana ia tidak akan mengeringkan kulit. 


Toner juga membantu yang mengecil dan membuka semula liang liang roma tersumbat. Ia juga mampu menyeragamkan tona kulit supaya lebih sekata.


Elakkan kawasan mata semasa menyapu toner kerana kawasan ini kurang lembapan. Penggunaan toner di kawasan ini akan menyebabkan kulit menjadi kering dan mudah berkedut. Baca artikel di bawah untuk panduan memilih toner.

Related post: 5+ toner untuk kulit berminyak terbaik. (Akan datang)


3. Gunakan serum untuk kulit berminyak.

serum untuk kulit berminyak

Serum terdiri daripada "essential oil" dan pati herba kerana ia mampu untuk menyerlah kecantikan kulit kita pada waktu pagi.


Minyak dari serum berbeza sifatnya berbanding dengan yang di hasilkan oleh kulit. Dengan menggunakannya boleh membantu mengurangkan penghasilan sebum berlebihan di permukaan kulit untuk rupa yang lebih berseri seri dan tidak berminyak sepanjang hari.

Related post: 5+ serum untuk kulit berminyak terbaik! Mana yang paling bagus untuk anda? (Akan datang)


4. Gunakan pelembap muka dengan minyak ringan atau bebas minyak.

moisturizer untuk kulit berminyak

Kulit kita memerlukan keseimbangan minyak dan air di dalam kulit untuk kelihatan sihat bersinar dari dalam. 

Kulit berminyak memerlukan moisturizer yang membekalkan hidrasi (air) dan mempunyai tekstur minyak yang lebih ringan supaya ia mudah di serap ke dalam kulit.


Kita di galakkan menggunakan moisturizer yang mempunyai perlindungan sinar UV matahari (SPF).

Related post: 5+ Pelembap muka untuk kulit berminyak yang paling bagus. (Akan datang)


Skincare Routine di Malam Hari.

skincare routine malam

Setelah penat melakukan aktiviti di siang hari, tiba masanya untuk kita berehat di rumah. Di bawah ini Maznee kongsikan rutin penjagaan kulit yang boleh di lakukan di rumah di malam hari.

Khusus bagi kulit berminyak.



1. Ulang rutin cuci muka dengan dengan cleanser.

Ulang semula rutin mencuci muka yang di lakukan di awal pagi. Jika kita menggunakan solekan, bagus juga untuk membersihkan kosmetik dengan "make up remover".

Selepas selesai membersihkan muka, kulit kita akan terasa lebih bersih dan segar.



2. Ulang rutin sapu toner.

Lap muka dengan toner untuk membersihkan sisa kotoran dan pencuci muka yang masih ada di permukaan. Sebaiknya kita gunakan toner yang sama.


3. Bekalkan air yang mencukupi dengan menggunakan krim malam.

krim malam untuk kulit berminyak

Jika di siang hari, kita gunakan pelembap wajah untuk membekalkan lembapan kepada kulit. Di malam hari pula, kita di galakkan menggunakan krim malam yang menghidrasi semula wajah.

Krim malam juga mempunyai fungsi tambahan untuk menangani masalah kulit seperti bintik bintik gelap, kedutan, atau kehilangan keanjalan kulit.


Kalau kita nak awet muda, inilah skincare yang wajib di ambil kerana ia dirumus dengan kepekatan bahan anti penuaan yang lebih tinggi seperti retinol, asid glikolik, LHA, dan asid hyaluronik.

Related post: 5+ Krim malam untuk kulit berminyak yang paling bagus. (Akan datang)


4. [TIDAK WAJIB] Gunakan krim mata.

Kawasan kulit di bawah mata kita berbeza jika di banding dengan kulit muka di kawasan lain.

Sebab itu, jika kita rajin bolehlah akhiri skincare routine kita setiap hari dengan menghidratkan kawasan mata menggunakan krim mata.


Kulit di sekeliling mata kita sangat nipis dan kebiasaannya menjadi tempat pertama tanda tanda penuaan kulit muncul.




Kesimpulan.

Menjaga kulit berminyak memerlukan usaha yang berterusan kerana kita mudah mengalami masalah jerawat. 

Penggunaan skincare yang sesuai untuk kulit berminyak akan memberikan kesan paling bagus jika di gandingkan bersama rutin yang betul di waktu siang dan malam.

Disiplin dalam melakukan skincare routine ini setiap hari akan menjadikan kulit kita lebih berseri dan bebas jerawat.

Sampai sudah kita ke hujung entri ini. Terima kasih kerana baca sehingga habis. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 250