Kencing Manis Semasa Mengandung | Cara Elakkan Diebetis GDM
Antara masalah besar yang membuatkan ibu mengandung tak lena tidur ialah kencing manis semasa hamil. Mesti puan pernah lihat kawan kawan yang kena minum air gula kan?
Doktor menggunakan cara ini untuk mengesan kencing manis yang dialami oleh ibu mengandung. Manis sangat. Sampai rasa nak muntah (Muntah kerana alahan mengandung pun azabkan).
Jika Puan disahkan menghidapnya, jangan bimbang. Masih ada cara untuk mangawalnya. Cara untuk mengelakkan kencing manis semasa mengandung menjadi lebih teruk.
Kenapa nak kawal?
Jika puan menghidap diebetis semasa hamil, kencing manis semasa hamil ini boleh memudaratkan puan dan bayi didalam kandungan.
Bahaya?
Betul, bahaya untuk anda berdua. Diebetis semasa mengandung yang tidak di kawal boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Takutnya. Mintak elak jauh jauh.
Tentunya puan hairan kerana sebelum hamil,tidak pernah ada diebetis pun. Keadaan ini dipanggil sebagai “gestational diabetes” dan terjadi disebabkan oleh paras gula dalam darah melebihi paras normal.
Makanan yang diambil semasa mengandung yang telah dihadamkan dengan khasiat lengkap seperti gula, vitamin dan mineral diperlukan ibu & bayi akan diserap.
Namun, kerintangan insulin mengganggu penukaran gula kepada tenaga.
Berita Baik.
Keadaan ini hanya untuk jangka masa pendek semasa semasa puan hamil sahaja dan paras gula yang tidak normal ini akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan.
![]()
Semasa puan hamil, uri atau plasenta akan menghasilkan hormon untuk membantu untuk pembesaran bayi dalam kandungan.
Hormon dari bayi ini menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin supaya masalah sel kalis terhadap insulin dapat diatasi.
Jika persediaan pankreas adalah kurang bagus, penghasilan insulin menjadi tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat seterusnya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.
Kebiasaannya ia akan bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon.
![]()
Jika puan mengawal pengambilan makanan yang sihat semasa mengandung dari peringkat awal, peluang untuk tidak menghidapnya lebih terkawal.
Pemakanan dan diet yang sihat semasa mengandung akan juga membuatkan puan lebih cergas dan mengelakkan hb rendah dan anemia ketika hamil.
Bagusnya.
Bagaimana untuk puan lakukannya?
Bijak pandai ada mengatakan, memahami masalah adalah sebahagian dari penyelesaian.
Penting untuk kita tahu punca kencing manis semasa hamil untuk mengatasinya.
![]() |
Alamak, terkena kencing manis semasa mengandung ke? |
Jika Puan disahkan menghidapnya, jangan bimbang. Masih ada cara untuk mangawalnya. Cara untuk mengelakkan kencing manis semasa mengandung menjadi lebih teruk.
Kenapa nak kawal?
![]() |
Kencing manis boleh di kawal semasa hamil. Dengan ilmu dan disiplin. Teruskan membaca |
Jika puan menghidap diebetis semasa hamil, kencing manis semasa hamil ini boleh memudaratkan puan dan bayi didalam kandungan.
Bahaya?
Betul, bahaya untuk anda berdua. Diebetis semasa mengandung yang tidak di kawal boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
Takutnya. Mintak elak jauh jauh.
![]() |
Abang.. Saya takut |
Tentunya puan hairan kerana sebelum hamil,tidak pernah ada diebetis pun. Keadaan ini dipanggil sebagai “gestational diabetes” dan terjadi disebabkan oleh paras gula dalam darah melebihi paras normal.
Diabetes yang dihidapi apabila puan disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes.
Ini terjadi disebabkan kerintangan insulin (sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah), tidak berfungsi dengan baik untuk memenuhi keperluan ketika mengandung.
Makanan yang diambil semasa mengandung yang telah dihadamkan dengan khasiat lengkap seperti gula, vitamin dan mineral diperlukan ibu & bayi akan diserap.
Namun, kerintangan insulin mengganggu penukaran gula kepada tenaga.
Kesannya, paras gula dalam darah puan meningkat.
Keadaan ini hanya untuk jangka masa pendek semasa semasa puan hamil sahaja dan paras gula yang tidak normal ini akan kembali ke paras normal selepas bersalin.
Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan.
Perubahan Metabolisma Semasa Puan Hamil Punca Kencing Manis
Badan puan mengalami perubahan ketara semasa hamil. Pankreas puan akan menghasilkan hormon dipanggil insulin untuk membantu membakar gula dalam darah dan dihantar ke dalam sel untuk digunakan badan.
Semasa puan hamil, uri atau plasenta akan menghasilkan hormon untuk membantu untuk pembesaran bayi dalam kandungan.
Hormon dari bayi ini menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin supaya masalah sel kalis terhadap insulin dapat diatasi.
Jika persediaan pankreas adalah kurang bagus, penghasilan insulin menjadi tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat seterusnya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.
Kebiasaannya ia akan bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon.

Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. dalam 5 orang wanita mengandung, 2 orang akan menghidapi penyakit ini.
Jadi peluang untuk puan menghidapnya amat tinggi. Terutama jika anak puan ramai. Lebih meningkat usia, lebih tinggi komplikasi semasa hamil.
Jika puan mengawal pengambilan makanan yang sihat semasa mengandung dari peringkat awal, peluang untuk tidak menghidapnya lebih terkawal.
Pemakanan dan diet yang sihat semasa mengandung akan juga membuatkan puan lebih cergas dan mengelakkan hb rendah dan anemia ketika hamil.
Bagusnya.
Bagaimana untuk puan lakukannya?
Bijak pandai ada mengatakan, memahami masalah adalah sebahagian dari penyelesaian.
Penting untuk kita tahu punca kencing manis semasa hamil untuk mengatasinya.
Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan? Apakah Simptom Simpton atau tanda Kencing Manis Ketika Hamil?
Jika puan hamil kali pertama, sudah tentu agak sukar untuk mengesan tanda tanda kencing manis.
Golongan Berisiko Menghidap Diabetis Semasa Mengandung
Ada sesetengah dari kita lebih berisiko menghidap kencing manis semasa mengandung. Cuba puan semak ciri ciri di bawah.
- Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
- Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
- Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
- Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes
Semasa puan merancang kehamilan lagi, jika puan tergolong dalam 4 golongan diatas, amalkanlah makanan yang sihat dari minggu pertama kehamilan.
Berwaspadalah dengan sebarang tanda tanda diabetis semasa hamil.
Disini kami sertakan beberapa tanda mudah untuk puan kesan tanda awal kencing manis dalam kehamilan.
Jika anda mempunyai simptom / tanda begini, boleh berjumpa doktor anda dengan segera.
- Kerap dahaga
- Berat badan turun dengam banyak
- Makan dengan banyak
- Selalu buang air kecil
- Badan rasa lesu tak bermaya
Doktor akan menjalankan 2 jenis ujian untuk kesan kencing manis iaitu ujian air kencing dan ujian darah semasa hamil.
Jika puan sudah menghidap kencing manis sebelum mengandung, lebih susah dikawal semasa hamil.
Secara umum, Puan akan menjalani ujian toleransi glukosa (Glucose Tolerance Test aka GTT) untuk memeriksa kandungan gula.
- Puan diperlukan untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, air kosong/ air mineral dibenarkan.
- Ujian darah akan dijalankan semasa awal pagi sebelum puan menikmati sarapan.
- Puan akan diarahkan untuk meminum larutan gula yang berperisa.
- Selepas itu, ujian darah akan diulangi lagi selepas 2 jam puan mengambil air gula ini.
Sekiranya puan pernah mengandung sebelum ini dan ada sejarah kencing manis pada kehamilan sebelumnya, puan menjalani ujian GTT ini lebih awal lagi untuk mengesan diabetes ketika mengandung.
Bergantung kepada keputusan ujian toleransi glukosa GTT puan, sekiranya normal, ujian ini akan diulang semasa usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.
Bergantung kepada keputusan ujian toleransi glukosa GTT puan, sekiranya normal, ujian ini akan diulang semasa usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.
Dengan mengawal tahap gula didalam darah semasa trimester awal mengandung sungguh penting dalam tempoh perkembangan organ-organ penting bayi puan untuk mengurangkan kesan diabetes.
Semua amalan puan semasa mengandung sangat mempengaruhi kesihatan. Jagalah pemakanan dan amalkan doa / surah alquran sepanjang mengandung. Supaya puan hamil tanpa sebarang alahan.
Apakah kesan kencing manis pada kehamilan Puan? Apakah Risiko Kepada Ibu Dan Anak?
![]() |
Semoga anak anak puan dilahirkan sebagai insan soleh. Insyaallah |
Risiko ini wujud sejak puan mengandung lagi sehinggalah selepas anak ini lahir.
Puan nak tahu apa kesannya pada Puan?
1) Risiko Diabetis Pada Ibu Hamil
- Mendapat tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kencing
- Jangkitan faraj
- Kemungkinan untuk bersalin pembedahan caesaerean / czer akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction).
- Jangkitan luka bersalin menyebabkan luka puan lambat sembuh
- 50% boleh menghidap diabetes tahap kedua di kemudian hari
- Puan akan diminta untuk bersalin awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction)
Sama samalah kita makan dengan cermat. Supaya puan mudah untuk bersalin normal dan berpantang dengan lancar.
Bagaimana pula kesannya pada bayi puan?
![]()
Bagaimana pula kesannya pada bayi puan?

2) Risiko Diabetis Pada Bayi
- Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan (Memang keadaan terburuk semasa hamil berlaku keguguran kerana diebetis)
- Saiz bayi besar dan menyukarkan kelahiran. Puan akan mengalami kesukaran bersalin normal. Terpaksa bersalin dengan pembedahan czer
- Tumbesaran bayi dalam rahim terjejas kerana hipogliseme
- Bayi demam kuning (jaundice)
- Kesukaran bayi untuk bernafas
- Air ketuban berlebihan (Risiko lahir pra-matang atau bayi mati dalam kandungan)
- Anak akan lebih berisiko kegemukan / obesiti atau kencing manis selepas dewasa.
Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.
Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran.
Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.
Maka, elok untuk puan mengawal paras gula darah sepanjang kehamilan dan melahirkan bayi yang sihat dan comel.
![]() |
Ala comel comel. Sayang umi |
Bagaimanakah Diabetes ketika hamil dirawat? Amalan Pemakanan Yang Baik Untuk Pesakit Kencing Manis Ketika Hamil
Badan puan memerlukan sumber tenaga bersumberkan gula.
Hormon insulin insulin dikeluarkan badan untuk mengawal tahap gula dalam darah dan menukarkannya kepada tenaga untuk digunakan oleh badan.
Hormon insulin insulin dikeluarkan badan untuk mengawal tahap gula dalam darah dan menukarkannya kepada tenaga untuk digunakan oleh badan.
Jika puan menghidap diabetis ketika hamil, badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi.
Disini kami berikan 2 cara terbaik untuk mengawal gula dalam darah semasa mengandung untuk mengawal kencing manis
- Amalan pemakanan yang sihat
- Bersenam setiap hari.
Walau bagaimanapun, daripada 5 ibu yang menghidapi Diabetes, seorang ibu memerlukan rawatan Insulin untuk mengawal paras gula di dalam darah.
Ramai kan.
20% peluang kena kencing manis semasa hamil.
Jadi, elok kawal pemakanan dari minggu pertama puan disahkan hamil.
Terutama kalau berat badan kita berlebihan. BMI yang tinggi memang meningkatkan risiko.
Paling tidak, cuba berpuasa sunat isnin dan khamis setiap minggu.
Berpuasa menguatkan anda dan bayi di dalam kandungan.
Insyaallah
Ada keberkatan
Cara Elakkan Diabetes Semasa Mengandung Atau GDM
Terdapat pelbagai cara untuk puan elakkan diabetes semasa hamil:
- Luangkan masa untuk menambah ilmu kehamilan terutama ilmu pemakanan
- Banyakkan minum air kosong
- Makan makanan yang sihat dan kurang bergula
- Lazimkan senaman yang sesuai dengan wanita hamil (Lagipun senaman memudahkan kelahiran. Insyaallah)
- Amalkan puasa sunat isnin khamis atau 2 hari seminggu (Terbukti secara saintifik)
Bagi wanita bekerja, memang agak sukar nak pastikan makanan yang diambil berkhasiat. Boleh amalkan suplemen semasa mengandung yang sesuai dengan keperluan anda. Terutama kalau puan hamil anak kembar.
Antara yang popular dan menjadi pilihan ramai ialah set ibu mengandung shaklee. sesuai dimakan dari trimester 1 lagi.
Antara yang popular dan menjadi pilihan ramai ialah set ibu mengandung shaklee. sesuai dimakan dari trimester 1 lagi.
Bagaimana Saya Perlu Memperbaiki Diet Saya Ketika Hamil?
1) Sarapan Pagi
Sarapan yang sihat akan dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah sepanjang hari. Cuba ambil sarapan yag rendah GI. Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan – lahan dan setara.
Anda juga boleh memilih bijirin atau roti bijian penuh dengan sedikit makanan berprotien tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.
2) Makan Pelbagai Jenis Makanan Berkhasiat Pada Waktu Siang
Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Pastikan makanan anda tinggi dengan serat dan biasanya makanan yang tinggi serat mempunyai tahap GI yang rendah. Ini perlu untuk mengelakkan tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Banyakkan mengambil
Buah – buahan
Sayur – sayuran segar
Roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh
Kekacang yang dikeringkan
3) 5 Hidangan Setiap Hari
Pastikan juga anda makan sekurang – kurangnya lima hidangan buah – buahan dan sayur – sayuran setiap hari :
Campurkan buah – buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda
Tambah salad kepada sandwich anda sewaktu makan tengahari
Pilih dua jenis sayur – sayuran dengan hidangan waktu makan utama
jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek
Amalkan Vitalea Shaklee – Ini kerana Vitalea adalah Multivitamin yang lengkap dengan membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu.
4) Kurangkan Lemak Terutamanya Lemak Tepu
Memperbanyakkan lagi makanan yang direbus dan dipanggang
Guna minyak zaitun atau bunga matahari untuk memasak
Gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu
Buang lemak pada daging atau ayam
5) Jangan Tinggal Waktu Makan
Setiap hari makan pada masa yang sama dengan jumlah yang sama. Cara ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil
6) Kurangkan Makanan & Minuman Manis
Anda seharusnya mengurangkan kuantiti atau sebaik – baiknya elakkan terus gula – gula, minuman berkarbonat, jus buah – buahan dan kebanyakkan pencuci mulut yang lain.
Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan. Ia boleh meningkatkan lagi tahap gula dalam darah dengan cepat
Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan cairkan jus buas dengan air. Campurkan kira – kira 1/4 jus dengan 3/4 air dan minum sekali sehari. Pada masa lain, banyakkan minum air kosong.
7) Apa Akan Terjadi Sekiranya Saya Tidak Dapat Mengawal Kencing Manis Saya?
Mencegah lebih baik daripada mengubati, malah anda sendiri yang perlu mengawal nafsu dan kehendak makan anda. Kebiasaannya ibu hamil memang akan teringin mengambil pelbagai jenis makanan.
Tetapi sekiranya anda teruskan juga dengan nafsu anda tentunya ia akan menjadi lebih teruk lagi.
Kadang – kala, bila sudah tidak terkawal, anda perlu juga mengambil ubat ataupun suntikan insulin. Oleh yang demikian :
- Kawal pemakanan anda
- Makan Makanan yang seimbang
- Minum banyak air masak
- Jangan tinggal makan
- Ambil buah jika lapar
- Membuat senaman ringan
- Ambil Suplemen untuk melengkapkan keperluan harian anda
Bagaimanakan proses kelahiran saya nanti? Bilakah saya akan diminta untuk bersalin?
Ibu yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, akan diminta bersalin pada usia kandungan 38 hingga 40 minggu, mengikut keadaan Diabetes dan kawalan paras gula dalam darah.
Cara kelahiran juga akan dibincangkan bersama anda dan pasangan, mengenai kelebihan bersalin biasa, induced labour ataupun pembedahan caesaerean mengikut keadaan Diabetes ibu dan juga anggaran saiz bayi.
Apakah yang perlu saya lakukan selepas bersalin?
Selepas tempoh pantang 6 minggu, temujanji akan diberikan kepada anda untuk mengulang semula ujian toleransi glukosa GTT, untuk memastikan anda bebas daripada Diabetes selepas kelahiran.
Jika ujian ini tidak normal, anda akan dirujuk kepada pakar perubatan/endokrinologi untuk rawatan susulan diabetes.
Wanita yang menghidapi Diabetes ketika mengandung, mempunyai kebarangkalian 1 di dalam 3 menghidapi Diabetes Jenis 2 dalam tempoh 5 tahun berikutnya.
Justeru itu, anda dinasihatkan untuk menjalani Ujian Glukosa berpuasa ( Fasting Blood glucose ) setahun sekali.
Bagaimana jika saya bercadang untuk hamil sekali lagi selepas ini?
Sebelum bercadang untuk mengandung lagi, pastikan berat badan anda sesuai dengan tinggi anda, mempunyai Indeks Jisim Badan BMI yang ideal, mengamalkan permakanan dan gaya hidup yang sihat, untuk mengurangkan risiko anda menghidapi sekali lagi Diabetes ketika mengandung.
Jika bercadang untuk mengandung lagi, anda boleh memulakan pengambilan asid folik tambahan 5mg sehari sekali sebelum menghentikan perancangan keluarga dan pada 3 bulan pertama kehamilan.
Anda memerlukan preskripsi doktor untuk ubat ini.
Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa.
Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.
Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda.
Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.
Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin di bawah pengawasan doktor dan petugas kesihatan anda.