Bacaan Paras Gula Semasa Mengandung, Cara Kawal Untuk Elak Diabetes?
Assalamu'alaikum Wrmbth, Apa khabar puan? Moga sihat, Insyaallah. Hari ini kita akan kongsikan tentang paras gula semasa hamil.
Paras gula?
Kenapa nak kena kawal?
Paras gula?
Kenapa nak kena kawal?
Kebetulan, sekarang ini sedang musim haji dan umrah (9 Sept 2016 semasa artikel ini ditulis), mungkin ada antara kita yang bertuah dijemput menjadi tetamu Allah.
Sama sama kita doakan jemaah haji kita pergi & pulang dengan selamat. Insyaallah.
Kadang kadang kita leka sangat dengan persiapan pakaian umrah haji wanita& persiapan luaran hingga terlupa tentang persiapan kesihatan.
Kalau tak sihat, nak beribadat pun susah kan. Terutama kalau pergi musim sejuk amalkan tips umrah & haji ini.
Ok, balik kepada tajuk mengawal paras gula.
Bentuk diabetes yang dihidapi semasa mengandung dikenali sebagai diabetes gestasi aka GDM.

Keadaan ini telah menjadi semakin membimbangkan berdasarkan artikel 2009 di Pakar Perubatan Keluarga Amerika.
Amerika kan negara maju.
Apa kata ujian ini?
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat sahaja, ia memberi kesan kepada kira-kira 5% kepada 9% daripada semua wanita hamil.
5% tak ramai kan.
1 dari 20 ibu hamil di Amerika menghidap diabetes semasa hamil.
Kenapa kita perlu risau juga?
Wanita Malaysia juga rami bekerja & banyak makan makanan segera.
Berat badan wanita negara ini, antara yang tertinggi di kalangan wanita asia.
Penting untuk jaga berat badan, terutama apabila memasuki trimester ketiga semasa tanda bersalin semakin hampir.
Jadi sedikit sebanyak, kita boleh jadikan panduan.
Kehamilan akan memburukkan lagi diabetes yang dihidapi wanita tersebut sembelum hamil lagi.
Samada dari jenis 2 dan jenis 1.
Sekiranya puan penghidap kencing manis.
Dan kemudian telah hamil.
Kadar gula cenderung untuk menjadi tinggi pada keadaan tertentu, dan menimbulkan masalah kepada ibu hamil dan bayi juga.
Jadi, ini pentingnya untuk mengetahui bacaan paras gula yang sihat dalam darah. Dan elakkan makanan bergula tinggi sebagai pantang larang ketika hamil.
Mudah kan puan?
Tapi..
Kawalan gula dalam darah adalah salah satu faktor yang paling penting yang perlu diambil semasa mengandung.
Apabila langkah-langkah yang diambil untuk mengawal tahap gula dalam darah semasa mengandung, ini akan meningkatkan peluang untuk puan hamil dengan sihat.
Bayi yang dilahirkan juga sihat.
Apa tahap normal gula?
Amerika kan negara maju.
Apa kata ujian ini?
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat sahaja, ia memberi kesan kepada kira-kira 5% kepada 9% daripada semua wanita hamil.
5% tak ramai kan.
1 dari 20 ibu hamil di Amerika menghidap diabetes semasa hamil.
Kenapa kita perlu risau juga?
Wanita Malaysia juga rami bekerja & banyak makan makanan segera.
Berat badan wanita negara ini, antara yang tertinggi di kalangan wanita asia.
Penting untuk jaga berat badan, terutama apabila memasuki trimester ketiga semasa tanda bersalin semakin hampir.
Jadi sedikit sebanyak, kita boleh jadikan panduan.
Kehamilan akan memburukkan lagi diabetes yang dihidapi wanita tersebut sembelum hamil lagi.
Samada dari jenis 2 dan jenis 1.
Sekiranya puan penghidap kencing manis.
Dan kemudian telah hamil.
Kadar gula cenderung untuk menjadi tinggi pada keadaan tertentu, dan menimbulkan masalah kepada ibu hamil dan bayi juga.
Jadi, ini pentingnya untuk mengetahui bacaan paras gula yang sihat dalam darah. Dan elakkan makanan bergula tinggi sebagai pantang larang ketika hamil.
Mudah kan puan?
Tapi..
Mengenai tahap gula semasa mengandung, apa yang normal?
Kawalan gula dalam darah adalah salah satu faktor yang paling penting yang perlu diambil semasa mengandung. Apabila langkah-langkah yang diambil untuk mengawal tahap gula dalam darah semasa mengandung, ini akan meningkatkan peluang untuk puan hamil dengan sihat.
Bayi yang dilahirkan juga sihat.
Apa tahap normal gula?
Tahap purata glukosa semasa berpuasa untuk wanita hamil tanpa diabetes 69-75 dan 105-108 satu jam selepas memakan makanan.
Ini bacaannya. Saya rujuk dari sini.
Kalau lebih dari ini bagimana?
Jika puan mempunyai diabetes sebelum hamil atau menghidap kencing manis ketika mengandung..
Cara terbaik untuk mengawal kadar gula dalam darah adalah untuk memastikan bahawa ia kekal di antara julat normal.
Iaitu..
Tidak akan terlalu rendah atau tinggi.
Gula dalam darah bagi wanita hamil dengan kencing manis, sepanjang kehamilan, gula darah semasa puasa tidak boleh melebihi 96.
Gula dalam darah perlu kekal di bawah 140 hanya satu jam selepas makan dan di bawah 120 dua jam kemudian.
Kena salin nombor ini.

Ini kerana, ia adalah cara yang paling berkesan untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan kencing manis.
Kami berikan 6 sebab.
Sebab untuk kita mengawal gula dalam darah semasa hamil :
Kami berikan 6 sebab.
Sebab untuk kita mengawal gula dalam darah semasa hamil :
- Mengurangkan risiko bayi meninggal semasa dilahirkan dan juga keguguran.
- Mengurangkan sebarang risiko kelahiran pra-matang, kawalan gula dalam darah akan mengurankan risiko kelahiran pramatang.
- Membantu mengurangkan sebarang risiko kecacatan kelahiran terutama yang berkaitan atau berkaitan dengan otak, jantung dan tulang belakang.
- Mengurangkan risiko bayi anda terlebih besar di dalam rahim. Jika kawalan gula puan tidak dijaga rapi, gula yang berlebihan boleh memasuki tali pusat dan mencetuskan insulin tambahan pada bayi puan, menyebabkan bayi terlalu besar untuk dilahirkan normal.
- Mencegah komplikasi pada ibu seperti preeclampsia, tekanan darah tinggi ketika mengandung dan masalah lain kehamilan.
- Akhirnya sekali, Ini akan menghalang masalah pada bayi. Contohnya, hipoglisemia selepas dilahirkan kerana pengeluaran insulin yang tinggi dalam badan. Kawalan gula pada ibu, menggalakkan paras gula darah yang normal dalam badan anak juga.
Senang?
Ya puan, rahsia untuk mengurangkan berat badan terletak pada pemakanan kita. Cuba amalkan tips kurus dengan cepat ini puan kembali langsing selepas bersalin.
Dan satu lagi tips tambahan, semasa trimester 3 amat penting untuk memakai pakaian yang selesa kerana perut kita yang semakin membesar.
Pakaian apa yang sesuai?
Gunakan fabrik menyerap peluh, sejuk & mempunyai pengudaraan yang baik. Antara kain yang bagus adalah kain jubah abaya arab saudi.
Walaupun cuaca mereka panas dan kering, tapi sebab kainnya bagus. Sejuk dan selesa nak pakai.
Pendek kata, pakailah jubah ibu mengandung yang selesa dan labuh. Supaya aurat terjaga.
Nak solat pun senang.
Cara kawal bacaan gula | Rahsia amalan hebat ini.. |
1. Elakkan gula dan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi | Pastikan puan melihat dan membaca label makanan dan mengelakkan makanan yang menyenaraikan gula pada awal senarai bahan mentah. Elakkan juga makanan dengan gula yang tinggi seperti biskut dan pai. Gula semula jadi sentiasa lebih baik. |
2. Menambah karbohidrat kompleks dalam diet puan | Sayur-sayuran serta bijirin penuh dan kekacang menyediakan karbohidrat yang mengambil masa untuk dihadamka. Dan tidak meningkatkan gula mendadak dalam badan puan. |
3. Meningkatkan pengambilan makanan berserat | Makanan berserat seperti sayur-sayuran, bijirin, kekacang dan bijirin mengurangkan jumlah atau tahap insulin yang diperlukan. Ini penting untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal. |
4. Mengekalkan diet yang rendah lemak | Badan puan memerlukan lemak untuk membantu dalam penyerapan vitamin serta menyediakan bayi puan dengan asid lemak yang baik seperti omega 3. Namun, terlalu banyak lemak boleh menghalang insulin. |
5. Makan sekurang-kurangnya enam kali sehari | Apabila puan mengambil enam hidangan kecil, ini akan mengelakkan turun naik tahap gula dalam darah yang mendadak semasa hamil. Banyakkan makanan berprotein dan karbohidrat kompleks. |
6. Makan snek yang berkhasiat sebelum tidur | Apabila puan tidur selama kira-kira 8 jam, ia menyebabkan tahap gula yang rendah. Elok untuk puan memastikan untuk mengambil makanan ringan yang berprotein dan berserat seperti mentega kacang sebelum tidur. |
7. Senaman harian yang konsisten | Bersenam untuk membakar gula berlebihan & memastikan kita berpeluh |
Bagaimana Puan Mengawal Bacaan Gula Yang Normal Sekiranya Menghidap Semasa Mengandung?
Doktor boleh membantu menetapkan tahap bacaan gula darah sasaran puan.
Tetapi selepas itu, seluruh tanggungjawab terletak pada puan.
Sama ada mengikut langkah yang ditetapkan doktor untuk rawatan kencing manis puan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Berikut adalah tips penting mengawal bacaan paras gula semasa mengandung:
1. Pastikan Puan Hadir Setiap Sesi Pemeriksaan Kehamilan
Pastikan puan melakukan pemeriksaan yang kerap untuk memantau paras gula darah.
Ini sangat penting untuk mengetahui turun naik paras gula dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal tahap gula dalam darah.
Ini sangat penting untuk mengetahui turun naik paras gula dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal tahap gula dalam darah.
2. Ambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan doktor
Pastikan puan mengambil sama ada insulin atau mana-mana ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor.
Wajib ikut.
Ini termasuklah pil pil asid folik dan zat besi untuk menjaga paras hemoglobin dalam darah agar tidak rendah.
Ini akan memastikan puan sihat.
3. Menjadi lebih fleksibel
Puan perlu fleksibel dalam menyesuaikan dos insulin berdasarkan naik turun paras gula dalam darah.
Ini mengambil kira sama ada puan muntah atau faktor-faktor lain.
Bergantung kepada peringkat kehamilan, lebih lebih lagi di trimester ketiga, hormon kehamilan mungkin menyekat kesan insulin.
Mungkin puan perlukan dos insulin yang tinggi.
4. Kekalkan istiqamah dengan pemakanan sihat
Pastikan puan mengamalkan diet yang sihat dan mengandungi lebih buah-buahan, bijirin penuh dan sayur-sayuran.
5. Jadikan senaman rutin harian anda
Ini sangat baik untuk puan.
Namun..
Dapatkan nasihat daripada doktor puan sebelum memulakan rutin senaman.
Pilih senaman yang sesuai seperti berjalan kaki dan berbasikal .
Namun..
Dapatkan nasihat daripada doktor puan sebelum memulakan rutin senaman.
Pilih senaman yang sesuai seperti berjalan kaki dan berbasikal .
Tamat.
Alhamdulillah, sampai juga kita ke akhir artikel.
Semoga perkongsian ini dapat membantu puan mengawal bacaan gula dalam darah ketika hamil.
Insyaallah.