Quantcast
Channel: Ibu Bijak Keluarga Sihat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 250

10 Cara Semulajadi Merawat Keputihan Semasa Hamil Dari Rumah

$
0
0

12 Cara Semulajadi Merawat Keputihan Semasa Hamil Dari Rumah

Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam Aidil Adha (semasa artikel ini ditulis). Semoga puan terus kuat & tabah sepanjang hamil.

Amin.

Sebelum ini kita ada berkongsi tentang masalah keputihan yang dihadapi ibu hamil.

Semoga bermanfaat.

Insyaallah, kali ini kita akan berbincang tentang kaedah mengurang & merawat keputihan menggunakan bahan bahan yang ada di dapur rumah puan.

Bahan dari dapur?

Betul puan.

Bahan bahan yang terdapat di peti ais & dapur rumah kita sangat berkhasiat untuk merawat keputihan yang dialami ibu hamil.

Cuma kita saja tidak tahu.

Baiklah, mari kita mulakan.

12 Tips Merawat Keputihan Semasa Mengandung Dengan Bahan Yang Ada Di Rumah


Dibawah ini kami senaraikan ubat semula jadi untuk keputihan puan.

Ini adalah kaedah semulajadi.

Sekiranya puan ada soalan lanjut, dapatkan pandangan dan nasihat dari doktor.

Nasihat mereka diutamakan dalam menjaga kesihatan puan & bayi di dalam kandungan.

Terutama sekali, selepas mengambil kira keadaan kesihatan kita tidak sama.


1. Biji halba

Amalan penggunaan biji halba semasa hamil memang diamalkan oleh ramai wanita

Herba rumah untuk masalah bau faraj. 

Ini dianggap sebagai penawar semula jadi untuk keputihan bagi wanita. 

Walaupun begitu, puan seharusnya bertanya kepada doktor dahulu sebelum mencuba kaedah ini semasa mengandung.

Terutama sekali, sekiranya puan mempunyai masalah kesihatan.

Halba adalah rempah yang biasa di gunakan oleh masyarakat india dalam masakan mereka.

Ada ibu hamilyang meminum halba untuk banyakkan susu ibu selepas bersalin.

Cara penyediaannya ialah dengan merendamnya dengan air panas. 

Atau juga boleh memasak benih Halba / Fenugreek dalam 1 liter air. 
Air rebusan halba untuk diminum

Air rebusan ini hendaklah dibiarkan selama 30 minit.. 

Pengambilannya tidak perlu dilakukan dengan kerap.

Seminggu 2 cawan.

Baunya agak kuat & mungkin kurang sesuai sekiranya puan loya loya & alah semasa hamil.

2. Bendi


Sayur ini memang ada di dalam peti sejuk rumah kita.
Sayur bendi banyak khasiatnya.

Puan boleh merebus bendi dan makan bubur yang telah masak bagi membantu memulihkan keputihan secara semula jadi. 

Bendi juga bagus untuk kesihatan sendi puan.

Ini dapat mengurangkan kesakitan lutut dan badan kerana saiz perut yang bertambah besar saban hari.

Selain itu, bagi memudahkan pergerakan & keselesaan. Puan disarankan memakai jubah muslimah yang sesuai semasa mengandung.

Aurat terjaga. Selesa pula


3. Biji ketumbar


Cara untuk menggunakan biji ketumbar untuk keputihan mudah sekali.
Bau biji ketumbar sangat harum dan memberi aroma berbeza pada masakan kita

Puan perlu rendam biji ketumbar di dalam air semalaman.

Pada keesokan pagi, tapis dan asingkan biji ketumbar dengan air rendaman.

Minum air yang telah ditapis semasa perut masih kosong untuk membantu menghilangkan keputihan. 

Ini adalah salah satu cara semula jadi untuk merawat keputihan tanpa risiko jika puan BELUM hamil. 

Bagi ibu hamil, masaklah makanan yang menggunakan herba ini dirumah.

Supaya khasiatnya dapat diserap secara tidak langsung semasa hamil.

Gunalah dalam kuantiti kecil dan tidak berlebih lebihan.

Dan tanyalah nasihat doktor.

Banyakkan juga berdoa dan amalan membaca surah al quran semasa hamil selepas berusaha sebaik mungkin.

Kita hanya berusaha. Allah yang menentukannya.

4. Buah delima

“Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan, dan (lebih khusus ada) kurma dan delima. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

(QS. Ar-Rahman: 68-69)

Buah delima ada disebutkan di dalam al quran beberapa kali.

Pasti banyak khasiat buah ini sehingga Allah swt juga menyebutnya di dalam Al quran.

Delima adalah buah-buahan semula jadi yang bukan sahaja indah rupaya, tepai juga lazat dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. 

Ia memberikan tenaga tambahan dan sangat sesuai diambil ibu yang hampir bersalin.

Ia juga kaya dengan zat besi, dapat mengelakkan anemia & hb darah yang rendah semasa hamil.

Dan ia juga salah satu daripada penawar rumah berkesan untuk menghentikan keputihan pada wanita. 
Boleh dimakan terus atau ditukarkan kepada jus. Saya lebih suka makan terus kerana kaya serat untuk elakkan sembelit.

Puan boleh memakannya mentah bersama bijinya ataupun menukarkannya kepada jus. Rasa manis delima adalah semulajadi dan tidak akan menyebabkan kencing manis sewaktu hamil.

Jika puan ada menanamnya di rumah, bukan sahaja buahnya.

Malah, daun buah delima juga sangat bagus untuk memulihkan keputihan.

Caranya ialah buat pes daripada daun delima dan dicampurkan dengan air.

Minum air bancuhan pes daun delima pada waktu pagi setiap hari.


5. Daun selasih / Basil

Daun selasih atau lebih dikenali sebagai basil sangat banyak manfaatnya.

Kita banyak menggunakan daun ini untuk memasak hidangan itali.

Daun ini mempunyai bau dan aroma yang menyelerakan.

Bukan itu saja khasiatnya.

Ia juga adalah salah satu herba yang baik & mempunyai pelbagai nilai perubatan. 

Ramai wanita telah menggunakannya sebagai ubat untuk merawat keputihan. 

Bagaimana caranya?

Mudah saja.

Buat jus daripada daun selasih dan tambahkan madu. 

Minum ini setiap hari dua kali untuk menghilangkan masalah keputihan. 

Selain itu, puan juga boleh mencampurkannya dengan susu setiap hari untuk menjauhkan diri daripada masalah keputihan. 



6. Kanji beras

Pada perkongsian lepas, kita ada ceritakan kebaikan beras untuk mencantik & mencerahkan kulit.

Beras juga bagus untuk masalah keputihan. 

Selepas ini, puan boleh mendapatkan kanji beras semasa memasaknya di rumah. 

Puan hanya perlu rebus beras dan tapis air daripada beras. 

Kanji beras sangat baik untuk masalah keputihan terutama sekali sekiranya puan berulang kali mengalami masalah ini.

Sejukkan air rebusan ini dan minum secara tetap untuk mengelakkan masalah keputihan daripada berulang.


7. Daun jambu batu

Pilih beberapa helai daun jambu batu dari pokok dan rebus dalam air sehingga paras air tinggal separuh. 

Tapis & asingkan daun yang di rebus daripada air dan minum air rebusan untuk mengurangkan masalah keputihan. 

Minum dua kali sehari.


8. Halia


Potong halia menjadi kepingan dan keringkannya.

Selepas kering, kisar dan tukarkannya menjadi serbuk.

Cara menggunakan halia untuk merawat keputihan ialah ambil 2 sudu teh serbuk halia kering dan rebus dalam kuantiti air yang mencukupi. 

Kemudian, rebus sehingga kuantiti air tinggal separuh.

Puan perlu minum air ini dengan kerap selama tiga minggu untuk mengelakkan diri dari keputihan. 

Halia juga satu penawar yang baik untuk masalah morning sickness semasa hamil terutama pada trimester 1.

Ia akan memberikan kelegaan daripada rasa loya dan muntah muntah. 

9. Buah pisang


Buah pisang kaya dengan banyak khasiat dan mineral untuk melawan penyakit.

Puan mesti memastikan untuk menyimpan pisang masak di rumah kerana dapat mencegah & mengurangkan keputihan.

Mengambil pisang yang masak dapat membantu mengatasi masalah gatal gatal kulit& keputihan.


10. Buah tin / Fig


Satu lagi rawatan dari rumah yang baik untuk mengurangkan keputihan pada wanita adalah dengan memakan buah tin. 

Buah buah yang baik ini kesemuanya ada disebut didalam al quran.

Pengambilan makanan yang berkhasiat semasa hamil ini dapat mencegah gastrik terutama di hujung kehamilan puan.

Selain memakannya secara terus, puan juga boleh menggunakan kaedah ini:

  1. Rendam 2-3 keping buah tin kering dalam air semalaman. 
  2. Pada keesokan harinya, kisar air rendaman bersama buah tin kering tadi.
  3. Minum campuran air ini secukupnya semasa perut masih kosong. Ini adalah ubat yang indah untuk mengurangkan pelepasan putih daripada kulit. Jika anda telah serbuk bentuk ara, anda perlu campuran sudu dalam dua cawan air. 
  4. Minum dengan kerap setiap kali puan mempunyai masalah keputihan semasa mengandung. 
  5. Cara ini sangat bagus diamalkan oleh wanita hamil kerana khasiat buah tin.
Tamat sudah 10 cara untuk memulihkan keputihan wanita dari rumah. Boleh baca lanjut disini.

Selamat mencuba, dan kongsikan pandangan anda disini.

Ingat selalu untuk lakukan pemeriksaan kehamilan dengan doktor puan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 250