Quantcast
Channel: Ibu Bijak Keluarga Sihat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 250

5 Tips Minum Air Gula Tak Muntah Untuk Ujian Kencing Manis Semasa Mengandung

$
0
0

5 Tips Minum Air Gula Tak Muntah Untuk Ujian Kencing Manis Semasa Mengandung


Assalamu'alaikum Wrmbth, masa checkup dengan doktor, antara perkara yang kita paling tak suka ialah kena minum air gula.




Dari ujian ini, doktor akan ambil bacaan paras gula darah. Ada saya ulas lebih lanjut disini.

Kali ini kami nak kongsikan tips untuk minum air gula.

Eleh, apa susah sangat minum air gulakan?

Haha.

Kalau air gula tu berperisa memang sedap lah puan. Siap letak air batu dan kordial lagi kan.

Ini air gula pekat.
Mujur sekarang ni sudah ada air gula berperisa. Tapi tak semua hospital ada

Mahu kembang tekak nak menghabiskan satu cawan tu.

Oleh itu, banyakkanlah berdoa semasa hamil agar Allah swt berikan kesihatan dan kekuatan. Insyaallah

Disini kami akan kongsikan tips untuk minum air gula. Supaya

  1. Tekak puan tak kembang
  2. Keputusan ujian lebih tepat

Tips minum air gula untuk ujian kencing manis

1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. 


Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.

2. Minum semasa haus

Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah kena start puasa jam 10 malam.

3. Teknik minum yang betul

Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum perlahan-lahan kerana ini akan buat kita rasa loya.

4. Tahan nafas

Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.

5. Minum tanpa bertangguh

Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada masa tu masih tidak terlalu likat.

Untuk yang nak pergi minum air gula tu, bolehlah amalkan tips ini. Semoga perkongsian tips ini membantu serba sedikit ibu-ibu mengandung diluar sana. Boleh baca sini untuk maklumat lanjut

Viewing all articles
Browse latest Browse all 250